Ruang Iklan

Memaparkan catatan dengan label Kuala Gandah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Gandah. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Jalan-jalan sehari sekitar Temerloh ─ 15 May 2011
(Destinasi Pertama)


Hari ini aku bercadang hendak ke Kuala Gandah, Pahang. Ini adalah pusat pemindahan anak-anak gajah 'yatim' yang kebanyakannya dibawa masuk dari Thailand dan Myanmar.  Gajah-gajah ini dilatih dan seterusnya digunakan khidmatnya untuk memindahkan gajah-gajah liar lain dari kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Ringkasnya, pusat ini merupakan tempat pemindahan gajah-gajah dari kawasan bermasalah, seterusnya dipulih dan dipelihara agar terus hidup disamping membantu usaha Jabatan PERHILITAN meningkatkan usaha memberi kesedaran orang ramai dan menyelamat gajah-gajah lain.

Di sini terdapat banyak aktivi yang melibatkan gajah disamping dapat mengenali sifat-sifat gajah dengan lebih dekat. 


Diantara aktiviti itu adalah :-

Bermesra bersama Gajah -  Pelawat berpeluang bermesra bersama gajah di sekitar pusat ini.

Memberi Makan - Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang, tembikai, betik dll.

Mandi Gajah -  Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah  pengawasan petugas.

Menunggang Gajah - Pelawat berpeluang menunggang gajah di sekitar pusat ini.

Yang lebih menarik, masuk dan aktiviti bersama gajah adalah percuma. 

Selepas ini aku nak sambung berjalan ke DeerLand pula ..... 

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Laman Web Rasmi PERHILITAN.


Iklan